Pengguna
  • 7
  •  
Softonic
  • 6
  •  
Lesen:
Versi percubaan
Bahasa:
Bahasa Inggeris
OS:
  • Windows XP
  • Windows Vista
Versi terbaru:
3.712010-04-15
Muat turun bulan lepas:
6,048,704
Saiz:
14.87 MB
Pembangun:

Penukar video untuk apa saja!

Total Video Converter ialah penukar video, editor dan pemain berbilang format.

Sebagai aplikasi video, Total Video Converter mengendalikan pelbagai format. Bukan sahaja ia boleh menukar antara fail pelbagai format, ia juga boleh memproses video untuk digunakan pada pelbagai peranti mudah alih, untuk merakam ke DVD atau memuat naik ke tapak web. Ia juga menjadikan menambah fail untuk ditukar sangat mudah, dengan ciri seret dan lepas yang menarik dan lancar.

Total Video Converter juga dimuatkan dengan alat-alat tambahan. Ada editor video asas, pemain, alat screenshot, perakam permainan dan banyak lagi. Semua alat ini boleh didapati dengan mengklik pada antara muka utama dan tidak perlu muat turun secara berasingan.

Malangnya, Total Video Converter bukan perisian yang menyenangkan untuk digunakan. Ia agak kasar dan kerap ranap, terutamanya apabila anda cuba menggunakan alat suntingan video. Ia kurang menarik, dan antara mukanya banyak pepijat, kadang-kadang butang tidak muncul dengan betul.

Apabila Total Video Converter berfungsi, ia cepat, tetapi banyak pepijat menjadikannya tidak berbaloi. Ia mengecewakan dan tidak mudah; walaupun dokumentasi bantuan kelihatan lengkap, menggunakan aplikasi ini begitu menjengkelkan dan kami akan terkejut jika anda akan menggunakannya.

Total Video Converter menyokong banyak format, tetapi bayak pepijat menjadikannya tidak relevan.

Bagus
  • Menyokong banyak format/peranti
  • Banyak alat video tambahan
Tidak bagus
  • Berkualiti rendah
  • Kerap ranap
  • Tidak menarik
Muat turun Muat turun selamat Total Video Converter

Muat turun: Paling Banyak Multi-format

  1. VLC media player

    Sememangnya pemain media pelbagai format terbaik

  2. KMPlayer
  3. Format Factory
  4. GOM Media Player
  5. MyVideoConverter